skip to main |
skip to sidebar
Hari ke 3 ramadhan ~
Fuh ! Dugaan ramadhan datang...cuaca kejap panas , kejap hujan .Alahamdulillah , sebab ade hujan dan panas..jangan merungut ! tak elok !
hehehehe =)
Kesihatan badan pun agak tak menentu ,hari kedua puasa tekak ni mula la nak rasa perit...makin lame makin sakit..
adoi ! serius tak tahu nk buat ape..puasa ni , tak boleh telan ubat .berbuka puasa pulak tengok makanan pun tak lalu la..aish~
Puasa ketiga ,badan lemah sangat , nafas pulak pendek2...tak tahu macam tak kena je , semua nak di marahnya...semua tak sedap di hati..mase tu fikir ~syaitan mane yg terlepas ni sampai rase nak marah..penyapu pun kena marah ! serius teruk!
Mase masak pulak cuaca matahari betul2 terpancar kt mata,argh ~ pening kepala ni ...sabar ain sabar..itu je la dalam hati ketika tu..lagi sejam nak berbuka ..kuat kan diri untuk tahan..
Makanan sudah terhidang , jam 7.30 azan maghrib berkumandangmenandakan waktu berbuka telah tiba..tengok makanan sikit pun tak rasa nak makan..semenjak mula puasa tahun ni , entah kenapa tak teruja tengok makanan.Kurma adalah pemulaan yang wajib di amil sebelum yang lain ,setengah pinggan bihun goreng dan karipap cukup buat saya kenyang macammakan berpinggan pinggan ^^"
Cukup la kot untuk berbuka malam tu ,dapat sms dari kawan , dia cakap beli 1OOplus sebab badan saya lemah sangat ,malam tu jugak pegi beli ,Alhamdulillah rasa ok sedikit.
Makin lama badan makin ok ,cuma pening sikit2 tu normal kot..rasa macam sesuatu , tapi.... em?
Orang kata sakit itu antara salah satu penghapus dosa , betul ke?belek2 kt Dr.Google , terjumpa artikel di iluvislam.comsaya ada baca ayat ni ..
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun , ayat 11 yang bermaksud:
" Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah , Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah) , Allah Maha Mengetahui tiap tiap yang berlaku ".
dan
" Tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
" Bahkan di dalam satu lagi riwayat , Rasulullah bersabda bahawa dngan hanya tertusuk duri sekali pun , Allah bersedia meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskn sat kesalahan dirinya "
Jadi , jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka pada kepada Allah . Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.
Alhamdulillah ~
saya sakit bertahun2 , dulu selalu mengeluhkenapa , kenapa , kenapa yang selalu bermain di fikiran saya..bila meningkat dewasa kini ,saya faham ,kenapa Allah beri kesakitan itu pada kita .Jangan merunggut kerana merunggut itu satu yang tidak di sukai oleh Allah :)
*SEKIAN*
Create by: