Jumaat, 13 September 2013

Takdir untuk mereka ^^,


Selamat Pagi!!
Hamboi pagi-pagi dah update blog ni.
nampak tak ada masa nak pakai laptop kat sini..?
kalau tak.. Hum! adik saje bermaharajalela dengan lappy ni.
Bukan nak cerita pasal adik.. kah kah kah !
Em. Macam mane nak mula ya.
Tahun ni 2O13 tahun yag banyak kehidupan baru tercipta.
Sebenarnye tahun-tahun sudah pun ada je kehidupan baru,
tapi ain tak kenal mereka. 
hehehehe :D


Kehidupan baru apa?
Kehidupan baru kawan-kawan yang di takdirkan Allah s.w.t
Sepanjang tahun ni sampai bulan 9 ni,
ada je jemputan-jemputan.
Ada kawan bertunang , bernikah dan tak lupa juga yang dapat cahaya mata.
Alhamdulillah.
Tumpang sekaki untuk gembira.


Tahniah buat uolls ~
Kawan-kawan sekolah
dan tak lupa pada 'bekas-bekas tupperware'(byk betol) 
hahahaha XD
yang dah mendirikan rumah tangga dan yang ada dapat baby pun.
Terkezut i dapat tahu die dah kawin



Syukur ke hadrat illahi telah memakbulkan permintaan mereka selama ni.
Ain jugak macam gini je tiap-tiap tahun, tak berubah apa-apa.
:)
Jujur rasa seronok tengok mereka.
Terdetik dalam hati 'apa yang Allah rancang dalam hidup aku ye?'
I can't wait.
pasti yang terbaik itu datangnya dari Allah.
Tapi kehidupan harus diteruskan dengan rasa syukur.


Setiap manusia inginkan fasa kehidupan baru , tipulah kalau ada yang kata
tak nak. Mungkin di mulut tapi di hati?
entahkan dapat entahkan tidak.
Itu semua kerja Allah.
Jika tidak di dunia mungkin di syurga.
Itu la takdir Allah.
Allah cipta indah sangat , sampaikan kita tak terfikir akan terjadi.


Bila umur meningkat , terasa juga ingin mendirikan rumah tangga.
Rasulullah pn mengalakkan kita bernikah , itu sunnah.
Tapi jadikan pernikahan itu sebagai satu ibadah.
Sebab cinta , sayang , rindu boleh hilang.
Tanggungjawab dan cinta HARUS seiring.


Ada sebab kenapa Allah tak bagi lagi sekarang
ain harus perbaiki diri, perkuatkan iman,
banyak lagi kekurangan diri.
Kalau dari segi persediaan itu memang sudah lama,
tapi persediaan dalam segi keimanan , kekuatan mental , agama masih lemah.
In shaa Allah sampai waktuya nanti,
Allah akan bagi.




Tangan orang berdoa Allah tidak akan membiarkan ia kosong- Ustaz Habib Ali Zainal Abidin


" Wamakaru wamakarullah wallahu khairulmakirin "
mereka merancang , Allah juga merancang , sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang


So , pada mereka-mereka yang masih single
jangan sedih , 
Yang tebaik itu datangya lewat.
Tak nak ke? 
Pengalaman mematangkan diri ain.


Pstt~
Nak tengok Cik Mimi naik pelamin sebabnye Cik Ain kawin nanti tak ada pelamin.
Heheheheheeh XD
Boleh macam gitu? Bolehkan.



Selasa, 3 September 2013

Pengalaman pertama di interview kan ^^"




Hey ! U ! 
Haiiii ~
Nampak happykan ? Tersangat happy konon...
Rasa macam nak kongsi something la kat uolls.
hahaha :D
Tu pun kalau ada yang baca lah.. Akak tak kesah.


Sebenarnya masa tarikh keramat hari lahir tu , ain dapat surat tawaran temuduga.
Kira macam hadiah la kut, menggerunkan je.
3 tahun apply SPA tapi tak pernah dapat , 
rezeki dari Allah nak beri , kali ni dapat pulak.

Seminggu tu tak prepare ape2 pun , suka buat kerja tangguh2. sebenarnye malas !!
Terpaksa pergi jugak la sebab nak dapat pengalaman temuduga.. *bila lagikan*
So, semalam O2.Sept.2O13 pukul 5pagi dah bangun !!
Nampak macam semangatkan , padahal cuak semua ada.


Drive pagi2 sebenarnya menyeronokkan.. bila harus tempuh jalan yang sesak !
Ok fine , dah nama pung pusat bandaraya KL. Redha ~
Naik LRT je pun , sebab tak tahu jalan nak ke sana.
park kereta kt LRT tu.


Naik teksi dari lrt ke HOSPITAL REHABLITASI.
Sesampai di sana berdebar tu still 2O% sebab tengok ramai pulak orang.
Buat tak tahu je la..
Amik borang , buat ujian menulis , daftar . 
dah rasa macam balik zaman sekolah. 


Jam 9.3Oam , selesai daftar amik nombor giliran nombor 13.
duduk di kerusi yang di sediakan. 
Al maklum la ain ni peramah nye susah nak buang..
rajin pulak menegur , erat silaturahim tau !
Borak dengan penduduk kiri dan kanan bagi hilangkan gemuruh. 
Pelik , memang gemuruh tu tak ada..
Gelak2, loyer buruk pulak tu 3 dara pingitan ni.
:D


Tak breakfast pulak.. Cafe tu tak ada makanan. Em!
cafe ke tempat lepak tu?
tahan kelaparan.. 
rasa tercabar jugak la bila lama sangat kena tunggu.
Turn ain masuk bilik LDT 15 pukul 12.15pm !


Sampai turn ain je ,
masuk bilik tu.. nampak muka 2 orang petugas temuduga tu.
alahai senyum sampai ke telinga je die.
masa tu gemuruh 1O2%
tak rasa aircond langsung ! berpeluh !
sampai kena tegur "neves ye? lap peluh tu"
Hahahah. Ah !! memalukan !



Di pendekkan cerita , 
ain perkenalkan diri , 
dia tanya kerja apa sebelum ni , kenapa berhenti , 
apa tugas yang ain mohon , kebanyakkannye tanya pasal latar belakang diri.
sentap bila tanya pasal arwah abah.
mata berkaca masa tu , tahan je.


Satu soalan yang ain rasa macam 'kenapa jawab macam tu' bisik hati.
Dia tanya , 
" kalau ain diberi jawatan tu , apa yang ain buat untuk tenangkan pesakit?"
ain jawab 
" kalau ain , ain mintak die istighfar.. sebab mengingati Allah itu menenangkan "
Wakakaka !!
Jawapan spontan yang ada benarnye kat situ.
Dia angguk tanda benar. :p


Rasa kejap je interview ain , mungkin gemuruh tu buat ain blank dan tak tahu nak cakap apa.
Tawakal je la, sekurang2nya ain dah berusaha nak dapatkan kerja. :)
Ada rezeki , adalah.. 
kalau tak ada.. mungkin jalan lain Allah beri. :)
kesian kat ma , sampai tertidur kat kerusi..
ala mucuk2 mama ku... hehehehe ;)


itu lah pengalaman temuduga yang pertama , 
hopefully lepas ni keyakinan tu mungkin lebih.
seronok bila dapat pengalaman tu.
So , pada sesiapa yang akan pergi temuduga..
tak kiralah kerajaan or swasta ..
bawak keyakinan dan pengetahuan.
yang penting sekali jujur la dalam menjawab ,
sebab dari mata seseorang tu dapat tahu kita sedang menipu.
haaaa ~ 


Good Luck ! Pada yang akan pergi temuduga.
kebetulan membe merangkap jiran dulu pun dapat KKM jugak.
Tapi dia di putrajaya. Rezeki anak dalam perut esah. 
hehehe..




AKU YAKIN AKU BOLEH ! I CAN DO IT <3