Isnin, 21 November 2011

Malaysia vs Indonesia


GOLLLLL !!!!!!
Tu la word yg pling mengegarkan malaysia semalam~~
Kehebatan pemain harimau malaya dan timnas
bagaikan api lawan dgn api.

Tahniah kepada Harimau Muda
kerana sanggup kerah keringat
bermain mati matian untuk emas yg terakhir
sukan sea di Palembang.

Akhirnye kemenangan berpihak kepada Malaysia,
Malaysia berjaya menjatuhkan kesombongan Indonesia,
adat pertandingan..
walaupun sikit penyokong ketika games..
tpi sebesar lautan doa utk harimau malaya dari Malaysia..

Aku Bangga jadi anak Malaysia,
Menangis dlm kegembiraan
Setiap attack yg di beri aku tak putus2 berdoa
agar tak ade peluang untuk indonesia,
Alhamdulillah..
berkat doa rakyat Malaysia..
:)




HARIMAU vs SANG GARUDA



HARIMAU MUDA !!!



MALAYSIA ! MALAYSIA ! MALAYSIA !


Jumaat, 11 November 2011

9 Petua Doa Dimakbul


Assalammualaikum w.b.t
Hari ni cik ain nk story pasal DOA ,
ape2 yang kite buat... susah ke senang ke doa tu penting kn..
pada tahun 2008 ade bace artikel kt paper..*lamenye*
so , cik ain nk update petua doa dimakbul,
ni ats usaha and niat kita sebenarnye....
insyaAllah..
Allah Maha Mendengar :))
( Copy je artikel ni dari paper )

1 . Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak "

2 . Sesungguhnya Rasulullah bersabda :
" Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir ,
seraya berfirman :
" Sesiapa yang berdoa kepada-Ku , maka aku akan menerima
permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3 . Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil , orang berpuasa ketika dia
berbuka dan orang yang dianiaya . Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan
pintu-pintu langit dibuka".

4 . Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling
dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud , maka perbanyakkanlah
doa ketika itu."

5 . Hadis Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda :
" Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok , pohonlah kurnia daripada Allah
kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat.
Jika kamu mendengar keldai memekik , pohonlah pelindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6 . Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad
s.a.w bersabda :
" Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa , doanya
akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat malam) ,
solatnya akan diterima Allah."

7 . Ata bin Abi Radah berkata :
" Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda :
" Sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan
dipenuhkan."

8 . Hadis daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda :
" Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru
menyebabkan dia berkata :
" Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan."

9 . Hadis daripada Abu Hurairah :
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat .
Lalu baginda bersabda :
" Pada hari jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang
Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa ,
memohon sesuatu daripada Allah , pasti akan dianugerahkan apa yang dipohonnya
itu."

NOTE : Banyakkanlah berdoa tak kire ketika susah mahupun senang :))

Selasa, 8 November 2011

Selamat Tinggal...


4tahun dulu mungkin aku terlalu percaya kata2 kau..
Kite kenal.. kau mahu aku..
sayangnye
aku dah cube wujudkn rase sayang aku pada kau..
tapi
hampa~~~

Aku masih ingat dulu kau pernah bg lagu
seribu tahun nyayian Imran Ajmain..
kau kate kau sanggup tunggu aku..
walau SERIBU TAHUN...
sebak rase dlm hati... btol ke ape kau ckp ni..
hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun..
ckup la 4 tahun aku dgn kau still contact walaupun jrang..

Kau kate kau still tunggu aku...
aku berbelah bahagi..
aku single dan kau kate kau single...
lepas raye tahun ni , kau nak serius dgn aku
aku terima dengan hati yg trbuka luas..
agar satu hari nanti cinta dlm hati aku berputik..
minggu demi minggu aku , aku dgn kau..
syg aku makin kuat kt kau..

Aku xnk org lain selain kau ,
macam2 janji kau kt aku , kau kate kau nk kawin dgn aku tahun depan
aku mengaku aku gembira...
aku bahagia.. smpaikan aku ckp kenapa dulu aku tak terima kau..
tu keje Allah..

Gaduh , merajuk tu perkara biase ,
kau kate jgn fikir bukan2 kau cume ade aku
aku percaye stiap kate yg keluar dari mulut kau..
2bulan aku bercinta dgn kau..
cinta jarak jauh memang penuh kesabaran..
ape jadi kat kau aku tak tahu..
aku tak nampak..
tpi aku percaya kau..

Sungguh benar kata orang Allah tu maha Besar..
Dia tak nak aku terus di tipu oleh kau ,
Dia tak aku kecewe berterusan..
Raye kedue segalanya terbongkar~~~~~~
KAU DAH KAWIN !!!

Sampai hati.. sampai hati kau tipu aku..
mana pergi sume janji2 kau..
mana ??
orang yg aku kenal 4tahun.. seorang penipu!
dpt panggilan dari isteri kau buat aku benci kau..
aku tak sampai hti bila dgr suare isteri kau menangis..
tergamak kau kan...

Lepas je dari panggilan isteri kau..
aku nekad,nekad nk jauh kn diri dri kau..
aku nk pergi tinggalkn kau..
isteri kau lebih berhak utk kau...
Aku menangis... kecewa..pedih...
sakitnye hati aku tuhan je tahu..

Tiap kali aku sendiri.. aku teringat tiap panggilan kau
jnji2 kau..
aku bodoh sebab percaya kau....
aku bodoh sebab terima kau..
tpi
aku bersyukur
Allah bg petunjuk tu awal..
aku tak la terlalu sedih bila kau tak ade..

Kini aku sendiri.. aku tak ade teman istimewa..
aku dh tutup pintu hati aku..
cukup la , aku dh letih dgn sifat setengah orang..
Terima kasih sebab berjaya luka kn hati aku
Terima kasih sebab tipu aku
Terima kasih byk2....

Tiada lagi penantian kau selame ni..
hentikan la segala pembohongan kau..
Selamat Tinggal....
aku doa kau bahagia...
Hti aku kini terluka....
biar die terus terluka dari sembuh ,
bila terluka ditempat yg sama akan terlalu sakit..

Lpas ape jadi hari tu , tu la kali terakhir aku kenal sape kau
aku tak nak kenal kau...
aku tak nak ingt ape kau buat..
Terima kasih and Selamat tinggal~~







Ahad, 6 November 2011

Terima Kasih..


Terima Kasih Ya Allah sebab selalu bg ptunjuk kt aku ,
sekali lagi aku terluka , kecewa , tpi aku ta nak lemah
aku kene teruskan hidup , hidup ni bukan utk menangis sentiasa kan.

Ya Allah beri aku kekuatan utk terus hidup di bumi Mu
yg penuh suka duka ni Ya Allah..
cukup la ape yg terjadi...
biar ni jadi yg terakhir.
aku sgt2 terluka...

Terima Kasih Ya Allah sebab die bukan utk aku ,
aku tahu Allah dh tetapkn yg terbaik utk aku
jauh lebih baik dri die...
ade hikmah disebalik kejadian..
Terima Kasih Ya Allah...

Terima Kasih Ya Allah..
cukup 4thun aku mengenali die...
kini aku tahu siapa die..
semoga die bhgia..
aku doa kn..
TERIMA KASIH..