Assalammualaikum w.b.t
Hari ni cik ain nk story pasal DOA ,
ape2 yang kite buat... susah ke senang ke doa tu penting kn..
pada tahun 2008 ade bace artikel kt paper..*lamenye*
so , cik ain nk update petua doa dimakbul,
ni ats usaha and niat kita sebenarnye....
insyaAllah..
Allah Maha Mendengar :))
( Copy je artikel ni dari paper )
1 . Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak "
2 . Sesungguhnya Rasulullah bersabda :
" Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir ,
seraya berfirman :
" Sesiapa yang berdoa kepada-Ku , maka aku akan menerima
permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
3 . Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil , orang berpuasa ketika dia
berbuka dan orang yang dianiaya . Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan
pintu-pintu langit dibuka".
4 . Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling
dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud , maka perbanyakkanlah
doa ketika itu."
5 . Hadis Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda :
" Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok , pohonlah kurnia daripada Allah
kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat.
Jika kamu mendengar keldai memekik , pohonlah pelindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
6 . Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad
s.a.w bersabda :
" Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa , doanya
akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat malam) ,
solatnya akan diterima Allah."
7 . Ata bin Abi Radah berkata :
" Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda :
" Sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan
dipenuhkan."
8 . Hadis daripada Abu Hurairah , Rasulullah bersabda :
" Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru
menyebabkan dia berkata :
" Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan."
9 . Hadis daripada Abu Hurairah :
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat .
Lalu baginda bersabda :
" Pada hari jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang
Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa ,
memohon sesuatu daripada Allah , pasti akan dianugerahkan apa yang dipohonnya
itu."
NOTE : Banyakkanlah berdoa tak kire ketika susah mahupun senang :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan