Ahad, 3 November 2013

Ahad yang lebat..





Bismillahirahmanirrahim ~

Hai..
Kaki masih lenguh dengan agenda semalam,
berjalan-jalan di hujung minggu.
My mom jarang sangat dapat cuti hari ahad, so semalam mama ajak jalan-jalan.

Mama cakap nak pergi KLCC..
Oh my ~
Ain memang tak gemar betol pegi sane , bukan sebab tak best dengan bangunan tu
tapi yang buat tak best sebab ragam pengunjung yang datang.
Nak atau tidak pergi je.
Tapi nak pergi , bila lagi dapat luang masa sama-sama...

Petang yang hujan renyai-renyai jugak.
Sesampai disana cari surau untuk solat Asar. Kewajipan sebagai seorang Islam, 
kat mana pun kita berada solat la.
Di surau pun ramai orang -_-"


Lepas tu singgah di Candylicious ~
Bermacam-macam jenis gula-gula.
Yang pastinya gula-gula luar negara la.
Kalau nak cari Choki Choki memang tak jumpa lah.



*ni untuk Cik Mimi , nak beli poket kosong lagi*

One day ye sayam ~ ^^"



*budak kecik yang suke berjalan*




*warrrgghh*





*jelly bean.. sheedap!*

Sebelum ni asyik tengok jelly bean dalam cerita Uwrapped di Food Channel.
Sekarang dah dapat rasa.. Nyummy~











* Mia dan Maksunya *




*sebahagian dari shopping*

Sejujurnye sedap sushi ni , 
yang buat loya , bau Seaweeed die.
Next time nak beli lagi.

Hujan petang yang sangat-sangat lebat..
semua berpusu-pusu masuk dalam.
Ramai orang luar negara.
paling ramai orang Arab. 
Arab berniqab dan tak berniqab pun ada.
Segerombolan ukhti berniqab.


Paling kelakar , anak-anak muda lilit leher dengan bendera Amerika.
Kenapa kah?
Nak tergelak pun ade..


Ain pesan kat Encik Hati , 
Dunia akhir zaman ni ramai orang tak cukup pakaian.
Encik Hati jaga pandangan tau. I trust u. 
hahahahah hai...

Hanya mampu senyum melihat mereka.
Ain selesa tidak berfashion.
asal aurat terjaga sempurna. :)


Balik dari klcc , rupanya di rumah mengalami banjir.
Banyak jalan ditelengami air.
Sesampai dirumah nampak belut sedang berjalan.
hahaha :D 


Ular ke Belut?
Belut kot. ;P


Weekend yang lebat , lebat dengan manusia dan hujan yang lebat.
Weekend ni berjalan ke mana pulak ye?
*thinking*


* Wassalam *









Selasa, 29 Oktober 2013

Untuk Adik Amier Idlan.




Khas Buat Amier Idlan.


Sebenarnya.. 
aku dah lama nak post entry ni , tapi tak banyak masa untuk aku on lappy.

Kau ingat aku lagi tak??


Hey ! aku kakak kau lah ! 
hahaha :D
Aku tak tahu nak contact kau macam mana.
Jadi aku post entri ni dengan harapan kau baca dan balas.


Aku rindu nak gurau kasar dengan kau dik !
kau nasihat kan aku , dengar aku berleter.
Entah kau fikirkan aku atau tidak aku tak pasti.


Kau terus deactive FB , tak sempat aku nak balas.
(tak bagi peluang langsung.. huh!)
siapa aku kan, yang hanya ingat kat kau.. cet!


Kau apa khabar?
Macam mana kau sekarang?
Mesti banyak assingment kan.. Fuh!
student berjaya sekarang kan.. hehehe..

Kau sihat? 
atau bertambah bam bam kat pipi tu?
hahahah.. jangan mara-mara.
macam tak biasa gurau dengan aku lak aih!


Kau belajar betol2 tau, jangan malas2..
* aku tahu kau rajinn *
jangan lupa aku.. sekali pun jangan.. 
hehehe..


Kalau kau perasan entri ni.. 
balas la ok. Aku harap sangat nih.
Jaga diri kau bebaik, jangan nakal2, 
kau ada nombor aku kan? kalau ada lagi la.. 
mesej je aku kat hp ok.


* Adik *

Rabu, 23 Oktober 2013

Pengaruh iklan sangat..





Petang yang damai..
Guruh berirama seketika.
Adei.. Sakit perut 2 , 3 hari ni , gara2 minum coffee


Lately, kerap keluar iklan L.A coffee.
Tak la minat sangat pun minum kopi ni , tapi entah kenapa boleh pulak 
beli masa pegi tesco weekend tu.


Kelmarin breakfast dengan l.a coffee kopiko , 
nyaman rasanye.. pahit manis.
tengah hari perut dah mula meragam.. 2 , 3kali jugak la pegi bilik temenung tu.
Memulas-mulas perut ni , tertanya jugak makan apa sampai sakit sangat.
Sapu krim panas dan ignore it.



Semalam pulak , adik sibuk nak coffee tu , tapi yang sejuk.
Merajinkan diri la buat , letak ais siap shake2 lagi.
Muka dengan selamba badak minum , dari mulut turun ke tekak..
Nikmaaaaatttt.... ~



Nikmat punye pasal , pagi tadi buat hal lagi.
Katanya dalam iklan tu 
"Rendah asid dan tidak menganggu perut"
yang ni sangat menganggu oke !
Sah la perut ni tak boleh terima
L.a coffee kopiko yang nikmat tu.. -_-"
Minum nescafe 3 in 1 je la.
Tak boleh salahkan iklan , perut ni manja.



Ni lagi satu iklan..




Mama la yang beli , 
kita tukang hasut suruh beli jugak.. 
Pengaruh betul. 
Warna hijau pilihan hati.


Cina tu kata
" U pakai 1 titik saja lo , buih dia manyak.. Sampai sebulan lo boleh tahan "
Hamboi.. pancing baik nampak...

Sesampai kat rumah terus lupakan sabun yang lain..
Kejam seyhhh.. hahahah.
1 titik eh? buih banyak ?
manyak la sangat.... hehehehe..
tiap kali nak basuh pinggan nak kena picit.. 
tak ke rugi?



Suka lagi sunlight..
Wangiii.. yang tu memang banyak buih..
lagi-lagi yang aloe vera dengan timun..
Bau dieeee.. best sgt.


Jaadii , 
jangan la mudah percaya iklan ni sangat.
tapi tak percaya pun x boleh kan. hehehe..
tepuk dada tanya jiran sebelah. :p





Jumaat, 13 September 2013

Takdir untuk mereka ^^,


Selamat Pagi!!
Hamboi pagi-pagi dah update blog ni.
nampak tak ada masa nak pakai laptop kat sini..?
kalau tak.. Hum! adik saje bermaharajalela dengan lappy ni.
Bukan nak cerita pasal adik.. kah kah kah !
Em. Macam mane nak mula ya.
Tahun ni 2O13 tahun yag banyak kehidupan baru tercipta.
Sebenarnye tahun-tahun sudah pun ada je kehidupan baru,
tapi ain tak kenal mereka. 
hehehehe :D


Kehidupan baru apa?
Kehidupan baru kawan-kawan yang di takdirkan Allah s.w.t
Sepanjang tahun ni sampai bulan 9 ni,
ada je jemputan-jemputan.
Ada kawan bertunang , bernikah dan tak lupa juga yang dapat cahaya mata.
Alhamdulillah.
Tumpang sekaki untuk gembira.


Tahniah buat uolls ~
Kawan-kawan sekolah
dan tak lupa pada 'bekas-bekas tupperware'(byk betol) 
hahahaha XD
yang dah mendirikan rumah tangga dan yang ada dapat baby pun.
Terkezut i dapat tahu die dah kawin



Syukur ke hadrat illahi telah memakbulkan permintaan mereka selama ni.
Ain jugak macam gini je tiap-tiap tahun, tak berubah apa-apa.
:)
Jujur rasa seronok tengok mereka.
Terdetik dalam hati 'apa yang Allah rancang dalam hidup aku ye?'
I can't wait.
pasti yang terbaik itu datangnya dari Allah.
Tapi kehidupan harus diteruskan dengan rasa syukur.


Setiap manusia inginkan fasa kehidupan baru , tipulah kalau ada yang kata
tak nak. Mungkin di mulut tapi di hati?
entahkan dapat entahkan tidak.
Itu semua kerja Allah.
Jika tidak di dunia mungkin di syurga.
Itu la takdir Allah.
Allah cipta indah sangat , sampaikan kita tak terfikir akan terjadi.


Bila umur meningkat , terasa juga ingin mendirikan rumah tangga.
Rasulullah pn mengalakkan kita bernikah , itu sunnah.
Tapi jadikan pernikahan itu sebagai satu ibadah.
Sebab cinta , sayang , rindu boleh hilang.
Tanggungjawab dan cinta HARUS seiring.


Ada sebab kenapa Allah tak bagi lagi sekarang
ain harus perbaiki diri, perkuatkan iman,
banyak lagi kekurangan diri.
Kalau dari segi persediaan itu memang sudah lama,
tapi persediaan dalam segi keimanan , kekuatan mental , agama masih lemah.
In shaa Allah sampai waktuya nanti,
Allah akan bagi.




Tangan orang berdoa Allah tidak akan membiarkan ia kosong- Ustaz Habib Ali Zainal Abidin


" Wamakaru wamakarullah wallahu khairulmakirin "
mereka merancang , Allah juga merancang , sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang


So , pada mereka-mereka yang masih single
jangan sedih , 
Yang tebaik itu datangya lewat.
Tak nak ke? 
Pengalaman mematangkan diri ain.


Pstt~
Nak tengok Cik Mimi naik pelamin sebabnye Cik Ain kawin nanti tak ada pelamin.
Heheheheheeh XD
Boleh macam gitu? Bolehkan.



Selasa, 3 September 2013

Pengalaman pertama di interview kan ^^"




Hey ! U ! 
Haiiii ~
Nampak happykan ? Tersangat happy konon...
Rasa macam nak kongsi something la kat uolls.
hahaha :D
Tu pun kalau ada yang baca lah.. Akak tak kesah.


Sebenarnya masa tarikh keramat hari lahir tu , ain dapat surat tawaran temuduga.
Kira macam hadiah la kut, menggerunkan je.
3 tahun apply SPA tapi tak pernah dapat , 
rezeki dari Allah nak beri , kali ni dapat pulak.

Seminggu tu tak prepare ape2 pun , suka buat kerja tangguh2. sebenarnye malas !!
Terpaksa pergi jugak la sebab nak dapat pengalaman temuduga.. *bila lagikan*
So, semalam O2.Sept.2O13 pukul 5pagi dah bangun !!
Nampak macam semangatkan , padahal cuak semua ada.


Drive pagi2 sebenarnya menyeronokkan.. bila harus tempuh jalan yang sesak !
Ok fine , dah nama pung pusat bandaraya KL. Redha ~
Naik LRT je pun , sebab tak tahu jalan nak ke sana.
park kereta kt LRT tu.


Naik teksi dari lrt ke HOSPITAL REHABLITASI.
Sesampai di sana berdebar tu still 2O% sebab tengok ramai pulak orang.
Buat tak tahu je la..
Amik borang , buat ujian menulis , daftar . 
dah rasa macam balik zaman sekolah. 


Jam 9.3Oam , selesai daftar amik nombor giliran nombor 13.
duduk di kerusi yang di sediakan. 
Al maklum la ain ni peramah nye susah nak buang..
rajin pulak menegur , erat silaturahim tau !
Borak dengan penduduk kiri dan kanan bagi hilangkan gemuruh. 
Pelik , memang gemuruh tu tak ada..
Gelak2, loyer buruk pulak tu 3 dara pingitan ni.
:D


Tak breakfast pulak.. Cafe tu tak ada makanan. Em!
cafe ke tempat lepak tu?
tahan kelaparan.. 
rasa tercabar jugak la bila lama sangat kena tunggu.
Turn ain masuk bilik LDT 15 pukul 12.15pm !


Sampai turn ain je ,
masuk bilik tu.. nampak muka 2 orang petugas temuduga tu.
alahai senyum sampai ke telinga je die.
masa tu gemuruh 1O2%
tak rasa aircond langsung ! berpeluh !
sampai kena tegur "neves ye? lap peluh tu"
Hahahah. Ah !! memalukan !



Di pendekkan cerita , 
ain perkenalkan diri , 
dia tanya kerja apa sebelum ni , kenapa berhenti , 
apa tugas yang ain mohon , kebanyakkannye tanya pasal latar belakang diri.
sentap bila tanya pasal arwah abah.
mata berkaca masa tu , tahan je.


Satu soalan yang ain rasa macam 'kenapa jawab macam tu' bisik hati.
Dia tanya , 
" kalau ain diberi jawatan tu , apa yang ain buat untuk tenangkan pesakit?"
ain jawab 
" kalau ain , ain mintak die istighfar.. sebab mengingati Allah itu menenangkan "
Wakakaka !!
Jawapan spontan yang ada benarnye kat situ.
Dia angguk tanda benar. :p


Rasa kejap je interview ain , mungkin gemuruh tu buat ain blank dan tak tahu nak cakap apa.
Tawakal je la, sekurang2nya ain dah berusaha nak dapatkan kerja. :)
Ada rezeki , adalah.. 
kalau tak ada.. mungkin jalan lain Allah beri. :)
kesian kat ma , sampai tertidur kat kerusi..
ala mucuk2 mama ku... hehehehe ;)


itu lah pengalaman temuduga yang pertama , 
hopefully lepas ni keyakinan tu mungkin lebih.
seronok bila dapat pengalaman tu.
So , pada sesiapa yang akan pergi temuduga..
tak kiralah kerajaan or swasta ..
bawak keyakinan dan pengetahuan.
yang penting sekali jujur la dalam menjawab ,
sebab dari mata seseorang tu dapat tahu kita sedang menipu.
haaaa ~ 


Good Luck ! Pada yang akan pergi temuduga.
kebetulan membe merangkap jiran dulu pun dapat KKM jugak.
Tapi dia di putrajaya. Rezeki anak dalam perut esah. 
hehehe..




AKU YAKIN AKU BOLEH ! I CAN DO IT <3


Khamis, 22 Ogos 2013

Sanah Helwah untuk diri sendiri je lah !




Syukur Allah ain di beri nafas untuk menikmati kehidupan di dunia Allah.
Alhamdulillah..


Sedar tak sedar umur ain dah genap 24 tahun *semalam la 22 ogos*
Fiuwwww ~ 24 dah? rasa macam 18 lagi hahahaah :D
Okey ! Still rasa kebudak budakan lagi.


Tahun ni , 
tiada kek birthday seperti tahun-tahun sudah ,
it's okeylah ! 
jemu kot makan kek je, rasa makin bulat badan yang sedia bulat ni. 
:p


Makin dewasa ni , makin sedar tak ada apa pun sebenarnya
pada hari lahir ni, cuma genap umur je, iman makin genap tak?
tepuk dada tanya iman :)


Masih belum terlewat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA !!
Maaf jika banyak salah silap dalam menaip ni kan.
Dah lama tak update katenye.. 


Apa pun Terima Kasih pada teman-teman
yang ucapkan dan doakan sempena tarikh keramat ain tu, 
sama ada di Facebook , Mesej hp , Wechat .
Moga Allah merahmati kamu di dunia dan di akhirat. Ameen :)


Doa adalah hadiah paling terindah !




Khamis, 6 Jun 2013

Benarkah kah SAHABAT aku?




’ Kau lah sahabat aku , susah senang kita sama2.. susah nak cari kawan macam kau.. aku taknak kehilangan kau ‘
tersenyum aku sendiri bila ucapan itu diungkapkan dari mulut kau sendiri. terasa aku lah kawan kau paling istimewa. Terasa aku takkan kehilangan kau, yelah kau kan kawan aku. Sekali kite berkawan , selamanya kita berkawan.
Benar susah senang kita sama-sama,sedih aku kau gembirakan..kegembiraan aku kau raikan. Begitulah sebaliknya..
Pahit , masam , manis bila dengan kau aku telan perlahan. Aku tahu itu lumrah dalam setiap perhubungan. Perkenalan ini buat aku jadi matang. Aku kagum dengan diri sendiri.
TAPI.. benarkah kau sahabat aku??
Ketika aku sedang mencari jalan kebenaran, kenapa kau tak ada? Ketika aku ingin berubah kenapa kau menghalang? Ketika aku benar-benar cari cinta illahi yang lama aku tinggalkan kenapa kau mencaci aku? kenapa? kata kau aku lah sahabat,kata kau aku la segalanya. Tapi kau tak peduli akan perubahan aku.
Aku tak pernah membenci kau, aku nak bawak kau sekali ikut sama cari dan kejar cintaNya,aku tak pernah putus untuk hubungi kau. tapi kau menyombong diri.. menjauh.. seolah-olah kita tak pernah kenal.
KINI.. hubungan tu terhapus begitu, aku tak salahkan kau , aku cuma nak cari jalan kebenaran, cinta illahi. Baru aku sedar,kita cuma kawan bukan sahabat seperti yang kau katakan.
” SAHABAT paling baik adalah apabila melihat wajahnya kamu teringat akan ALLAH. Mendengar kata-katanya menambah ilmu agama. Melihat gerak gerinya teringat MATI. “

Ini makna sahabat sebenar.

Aku doa dari jauh agar kau sihat sejahtera , sentiasa berada dibawah naunganNya. Amin.
Salam dari aku seorang yang pernah anggap SAHABAT.



Ahad, 21 April 2013

Pulau Pinang , Kampung ku..




Syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas segar di bumi Allah s.w.t
penat rasanya mengemas rumah , 2 rumah kene kemas.
masak tu semesti nye , tak boleh tak berasap dapur tu.
*tak minat nak beli lauk luar*


Pulau Pinang.. Lama sungguh tak jejak kaki kat sana.
Seingat ain last balik kampung masa umur 13tahun kalau tak silap.
Almaklum la , nenek atok tinggal di KL , serumah pulak tu.

Kebetulan ade kenduri kawin , yang kawin tu sepupu mak
jadi buat keputusan balik 2 kereta.
perjalanan yang jauh ~
yang drive abang ipar. Cepat sampai.
Kalau ain yang drive , dari pagi sampai petang baru sampai. 
Hahahaha..
*kura kura*


tapah perak



rasa dah jauh perjalanan.. tapii.. baru sampai perak??
Oh.. jauhnyaaa...



tak de maknanye nak ikut had laju tu.. macam nak terbang !
menci ! berdebor jantung..




habis kena tarah... panas la bumi ni..
Masya Allah T_T





Alhamdulillah , semakin dekat destinasi.






tiba-tiba nampak segorombolan biker ni..
tapi snap satu je ni ha... laju sangat mereka.




Sikit lagi nak sampai... Alhamdulillah.
borak2 dengan ma, tiba2 kelaur loghat utara.
haaa.. siaran dah tukaq dah..


Dalam perjalanan yang makan masa 5jam kalau tak silap..
dak kenit dan makcik kenit die tido jeh..






Hehehehe..
Sama je muka masa tidur.


Sampai je kenduri di Permatang Pauh , 
jumpa semua sedara mara , ahli keluarga Hajjah Habsah (maktok),
seronok ~
rumah kampung , kayu , 
itu semua antik bagi ain.
mereka masih kekalkan suasana kampung tu.
:)


 petang pulak kami menginap di apartment
kat Georgtown berhampiran dengan menara Komtar.
Nak ke sana kene naik ferry atau lalu di jambatan Pulau Pinang.
Kami pilih naik feri , boleh tengok laut.
Jujur lama tak naik ferry..


Pelbagai jenis kapal. Teruja tahu ^^"









Jujur hati sangat tenang tengok laut..
Ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.
terlupa seketika masalah.. 
ain sangat suka laut.
SubhanAllah.
Indah sangat.
^^,


Sampai di apartment , ape lagi terjun atas katil. Tido.
Penat tapi puas hati..
In Shaa Allah , akan datang lagi Pulau Pinang.
Drive sendiri ke?
In Shaa Allah , nak seribu daya.


Penat menaip , sakit pinggang duduk lame.

*SEKIAN*




Rabu, 3 April 2013

Alhamdulillah , Allah permudahkan ,


Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi 
dilimpahi rezeki yang halal..
kesihatan yang boleh di kawal..
Syukran..
Perubahan yang sedikit demi sedikit
dari dalaman in shaa Allah makin baik , 
luaran makin tertutup.. in shaa Allah..


Sejak mula beli jubah , 
berminat pulak nak berabaya..
macam - macam ujian nak beli abaya ni..
 dan harus bersabar
kalau kita nak sesuatu yang baik..


Akhirnya tertunai apa yang di hajati..
cabaran kewangan , saiz , stock , 
semua tu kene tempuh..
Haishhh ~ siapa cepat dia dapat tu yang berat tu..


Beli online di abaya-arab.blogspot.com
Maratussolehah Muslim House
harga berpatutan , kain yang ringan.. yang penting cut A ,
selesa sangat ..

Cik Mimi
Ni ha abaya i..
Simple je ... tak suka sulam banyak..

      Nak kumpul jubah , abaya , skirt labuh pulak lepas ni..
mudah mudahan aurat ku terpelihara..
Allahuma Amin..

*tak sabar nak tengok abaya cik mimi pulak ^^*

Rabu, 13 Mac 2013

Biarlah menjadi rahsia..


" Dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia "

Jadi siti nurhaliza kejap.. weee ~

Syukur pada Allah atas perkenalan ini..
dari seorang kawan biase , terus jadi kawan istimewa.
Jujur rasa ini bukan datang di paksa-paksa , 
berputik hati ni secara tiba-tiba.

Dalam perjalanan ain mencari keredhaan illahi , 
Allah ditemukan ain dengan dia..
dia tidak kedekut ilmu..
dia rajin tegur tentang aurat..

Siapa dia?
Dia seorang yang hamba yang sedang mencari keredhaan illahi , 
Dia seorang anak yang hormati ibu ayahnya , 
Dia seorang yang lain dari biase bagi ain ,

Siapa dia?
Dia kerja biase-biase
berpakaian biase-biase , 
kereta biase-biase , 
tapi itu bukan la ukuran bagi ain..


Ilmu yang ada pada dia , buat ain sedar..
kekayaan di dunia tak kan bawak ke 'sana' ,
kekurangan dia , itu pelengkap bagi ain nanti..
In Shaa Allah.
buat ain lebih bersyukur.


Ain pernah di limpahi dengan kekayaan dunia , 
apa saja nak mintak mesti dapat..
ternyata keseronokan takkan sama dengan kebahagiaan.
itu bukan yang ain nak.
Akhirnya ain tinggalkan itu semua..
berubah menjadi hamba yang lebih baik.
mencari keredhaan illahi
:)
Biar buruk rupa , miskin di dunia 
asal cantik akhlak , kaya ilmu agama.


Siapa dia ?
~BIARLAH RAHSIA ~
Akan tiba satu saat tu ain tunjuk siapa dia..


UNTUK AWAK :
Awak , terima kasih.. walaupun masih baru , ain rasa tenang bila dengan awak..
ain tak rase tertekan walau sikit pun.
ain tak rasa nak cemburu terlebih2 pun.
terima kasih sebab banyak tegur ain , ajar ain tentang zikir2..
dan lain2...


Ape ape pun ain berserah ,
ain redha ape yang Allah tentukan..


#Ain SAYANG awak#

Selasa, 12 Mac 2013

Nak jugak tu Fellina Inchloss ! Umm !


~ Bismillahirahmanirahim ~

Dari sehari ke sehari nak update blog , tapi tak update jugak.
Bz le gamoknye..
>_<


Nak cerita kat sini sebenarnye dah lame nak beli
lotion Fellina ni , kate orang boleh mengurangkan lelemak tepu ,
rezeki tak menyebelahi diri ni nak beli.
Sabar. 
Kebetulan , masa online Fb ade kawan sekolah ni jual..
die jual harga rm70 + free postage + free gift..
rasa berbaloi la kan..
jadi ain pun beli la.....


So , tadi dah dapat..
sekali dengan gift nye.. 

dapat shiheido mask..
dengan sabun susu beras.. macam tau2 je ain pakai sabun susu beras tu..

Lepas dapat terus pakai kat dagu ni.
memang terasa lainnye..
wangi... :)

Nak buang lemak2 tepu ni..
Dah jemu kot pakai ubat ubat ni.
hasilnye sakit sane sini..


In shaa Allah , nak teruskan je pakai lotion wangi ni..
:)