Khamis, 6 Jun 2013

Benarkah kah SAHABAT aku?




’ Kau lah sahabat aku , susah senang kita sama2.. susah nak cari kawan macam kau.. aku taknak kehilangan kau ‘
tersenyum aku sendiri bila ucapan itu diungkapkan dari mulut kau sendiri. terasa aku lah kawan kau paling istimewa. Terasa aku takkan kehilangan kau, yelah kau kan kawan aku. Sekali kite berkawan , selamanya kita berkawan.
Benar susah senang kita sama-sama,sedih aku kau gembirakan..kegembiraan aku kau raikan. Begitulah sebaliknya..
Pahit , masam , manis bila dengan kau aku telan perlahan. Aku tahu itu lumrah dalam setiap perhubungan. Perkenalan ini buat aku jadi matang. Aku kagum dengan diri sendiri.
TAPI.. benarkah kau sahabat aku??
Ketika aku sedang mencari jalan kebenaran, kenapa kau tak ada? Ketika aku ingin berubah kenapa kau menghalang? Ketika aku benar-benar cari cinta illahi yang lama aku tinggalkan kenapa kau mencaci aku? kenapa? kata kau aku lah sahabat,kata kau aku la segalanya. Tapi kau tak peduli akan perubahan aku.
Aku tak pernah membenci kau, aku nak bawak kau sekali ikut sama cari dan kejar cintaNya,aku tak pernah putus untuk hubungi kau. tapi kau menyombong diri.. menjauh.. seolah-olah kita tak pernah kenal.
KINI.. hubungan tu terhapus begitu, aku tak salahkan kau , aku cuma nak cari jalan kebenaran, cinta illahi. Baru aku sedar,kita cuma kawan bukan sahabat seperti yang kau katakan.
” SAHABAT paling baik adalah apabila melihat wajahnya kamu teringat akan ALLAH. Mendengar kata-katanya menambah ilmu agama. Melihat gerak gerinya teringat MATI. “

Ini makna sahabat sebenar.

Aku doa dari jauh agar kau sihat sejahtera , sentiasa berada dibawah naunganNya. Amin.
Salam dari aku seorang yang pernah anggap SAHABAT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan