Isnin, 22 September 2014

Entri Buat Kamu Dik ! A.I.




Hah! Tak pasal sedih pulak...
menciiii ~




Aku tahu siapa A.I ni.
sungguh aku kenal hamba Allah sorang ni.

To A.I.
Aku ingat kau mir. Terima kasih atas doanya.
Aammin Allahumma Aamiin.
in shaa Allah aku akan menulis kalau ada topik la, hewhewhew ~
Oh ade eh apps untuk blogger?
In shaa Allah aku akan install kalau jumpa.


Kau apa khabar? Ingat lagi kau kat aku?
Aku ade WhatsApp kau, tapi kau tak bukak.
Lama sangat tak kena ceramah dengan kau dik.
senang-senang whatsapp je aku.


Kau jaga diri eh, study bebaik.
solat jangan lewat. Ingat tu.
Moga kau jadi khalifah Allah yang berjuang fisabilillah.
Aku tahu kau ada prinsip.


p/s : aku masih pakai nmbor lama. ^^





Rabu, 27 Ogos 2014

Jejemari beku ~






Huh ~
Hai ! ^_^
Rasanya terlalu lama sangat-sangat blog ni tak berfungsi,
kalaulah ade application yang boleh update blog terus dari hp
rasenye tiap masa kot nak update.
Jejemari beku dah lama tak taip kat keybord ni.


Malas sesangat nak bukak lappy.
Dan tak ada masa yang panjang untuk mengadap laptop,
xmacam dulu dah,,
Ni pun sebab nak clearkn gambar yg tak guna kat album.
Dah bukak laptop tu apelah salahnye update kn..
walaupun sebenarnye tak tahu nak taip ape.
Huahuahuahua ~


Oh ya ! I'm sweet 25 now ! hehehehe :D
Terima kasih pada semua yang telah wish.
ada yang nak wish sampai seminggu pulak tu.
Sape lah tu kn.. kikikiki :)
25 tahun dah... ? Oh my ~
masih terasa keanak anakkan ni. 
ok what.. awet muda kn.
Btw ~
tahun ni tak adalah macam dulu dulu,
kek dari my mom.
it's okey.. kite boleh bt kek sendiri.
Kek batik pun kek tau.. walapun tak pakai tepung !
hahahaha :D


Tak mengharapkan ape2 pun melainkan Allah berkati usia ku hingga akhir hayat.
Doa tu hadiah paling bermakna tau !



Cepat nau masa berlalu,
dah nak masuk bulan 9.
Rasa macam baru je tahun baru.
Rasa.. rasa.. jururasa ke??


Dah la ~
nanti2 update lagi ok.
Siape la yang baca blog ni. hai laa..
Bertuah..


May Allah bless u ~



Rabu, 19 Februari 2014

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku.



Hari ni terpanggil untuk update blog ~

Kita tak selamanya sihat , akan tiba 1 hari pasti akan rasa sakit.
Alhamdulillah setelah hampir seminggu lebih aku di uji dengan kesakitan.

Demam yang mengejut , kurang demam datang pulak muntah-muntah.
Sakit kepala yang amat sangat. Seminggu dah tak masak ,
sepatutnya seminggu tu aku di tugaskan jemput mama balik dari kerja.
Tapi tak dapat nak drive. Kesian kt ma, balik naik bas.

Aku punya 1 sikap yang amat degil untuk pergi klinik.
Kalau pergi pun aku nak mama mesti ade.
seminggu juga aku tahan sakit , malas nak berjalan.
Hp pun malas pegang. Terbaring je.. Tidur ~

Sampai 1 tahap aku tak boleh makan dan minum , mesti muntah2.
Muntah tu pulak sakiiiiiiiiiiiiiiittt sgt. Macam roh di tarik keluar.
Hanya mampu menangis tahan sakit.

Entah kenapa tekak nak sangat makan buah.
Nak sangat-sangat buah, tengok buah kat tv pun tak tahan.
Isnin tu aku pergi jugak klinik, tak tahan sakit sangat.
Ternampak air tembikai , aku ape lagi pegi la beli..
Ahhhh ~ Nikmatnyaaa..
Aku memang degil. Aku beli buah Apple Fuji. Sedap sgt.
Alhamdulillah.

Aku hanya makan buah , dan aku rasa badan aku makin kuat.
Penawar sakit tu ada Allah cipta, kita je kena pandai cari.
Habatussauda tetap pilihan aku.


Aku pujuk diri ,
" sakit ni kifarah dosa "
Encik Hati banyak call sejak aku sakit ni,
risau aku kena denggi.
3botol 100plus dah aku minum.
Cari ketam tak jumpa nak buat sup.

Alhamdulillah hari ni aku dapat masak, dapat buat kerja
yang penting aku dapat solat dengan baiknya.


Terima kasih Mama & keluarga banyak tolong aku waktu sakit.
Rupanya ramai sayang aku ~ Ngeh ngeh ngeh...
macam mana lah aku tak ada nanti... hmm

Thanks Encik Hati.
Thanks Kemba selalu pesan banyakkan minum air.
Penawar tu <3

*Saya RINDU dapur saya*





Jumaat, 24 Januari 2014

Kuih Lopes bukan Jeniffer Lopez tau !






Hari ni ,
ada masa terluang.. Dari pukul 2 tadi adik dah pergi sekolah agama , 
memang nak update , tiba-tiba ada kerja lain, sudahnya pukul 3.3O baru dapat
update.


Ain suka belajar benda baru.
Seronok rasanya , kalau jadi lagi seronok.
Kalau tak jadi, mesti akan buat lagi sampai la jadi. 
lagi-lagi bab masak.
Hewhewhew ~



Salah satu kegemaran bila tengok blog resepi ni, mesti nak cari yang ada gambar step by step.
Senang nak faham.
Demi melaksanakan perintah hati, ain pun nk kongsi resepi
Kuih Lopes bukan Jeniffer Lopez hokey !


Kuih Lopes Cik Ain.

Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut ~ (Rendam 3 jam dengan pewarna hijau dan 1sudu kecil air kapur)
2 cawan santan cair.
1/2 cawan air daun pandan.
sedikit garam.
 
Bahan Sampingan.

Air gula merah ~ takkan tahu buat kot.. hewhewhew.
Kelapa putih parut + garam.

Cara-caranya :

Lepas rendam 3jam tu masukkan dalam loyang , kukus 20minit.




lepas tu masuk dalam bekas lain. Tu santan dan air daun pandan.
Masukkan santan.


Air Daun pandan.

Garam

Gaul rata sampai sebati.
masuk balik dalam loyang yang di lapik plastik.
masak sampai masak.
taraaaa ~ dah siap masak.


Guna spatula untuk tekan padat-padat pulut ni.
Spatula tau, tak melekat senang kerja.






Potong kuih tu ikut suka..
salut dengan kepala + secubit garam.

Ain suka bulat-bulat..








Done ! Sedap kuih ni makan sejuk2..

Alhamdulillah..

Hadza min fadhli rabbi.

* TERIMA KASIH*
                   





Jumaat, 10 Januari 2014

Aku yang bersederhana ~





Bismillah ~

Alhamdulillah masih lagi dapat menaip walaupun kekurangan idea tu.
Syukur ke hadrat illahi hubungan itu di pulihkan dengan izin Allah.

Entah kenapa kali ni tertarik untuk menaip entri tentang 
persiapan perkahwinan.
Nak kawin dah ke??
Ahai ~
In Shaa Allah.
Tak lama lagi dah.
Setiap orang impikan sebuah majlis perkahwinan yang indah,
yela.. kata orang kawin sekali seumur hidup.
:)

Persiapan dari A to Z mesti teratur.
Ain juga pernah menolong adik beradik , 
malah kawan sendiri pun dalam persiapan perkahwinan mereka.


Sejujurnya , 
ain tak mahu menyusahkan sesiapa pun dalam urusan pernikahan.
Cukup hanya nikah dan kenduri doa selamat.


Tak pernah impikan pelamin yang gah,
hantaran yang berdulang-dulang,
baju pengantin yang berlabuci-labuci,
Tidak pernah dari dulu.
Cukup la bersederhana , yang di berkati Allah.
In Shaa Allah
My Dream.

Tugasan yang bakal tiba ,
5 dulang hantaran , 
kasut pengantin berlabuci.
Ups ~ orang punya bukan kita punya.
Moga dipermudahkan.


Orang kawin terasa nak kawin , sedia dah katanya
Orang meninggal dunia , ada rasa sedia tak?
Hehehe..

Psstt ~ Nanti nak buat DIY tempat nikah..Boley??
hahahaha XD

* Mencari Mardhatillah *