Rabu, 19 Februari 2014

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku.



Hari ni terpanggil untuk update blog ~

Kita tak selamanya sihat , akan tiba 1 hari pasti akan rasa sakit.
Alhamdulillah setelah hampir seminggu lebih aku di uji dengan kesakitan.

Demam yang mengejut , kurang demam datang pulak muntah-muntah.
Sakit kepala yang amat sangat. Seminggu dah tak masak ,
sepatutnya seminggu tu aku di tugaskan jemput mama balik dari kerja.
Tapi tak dapat nak drive. Kesian kt ma, balik naik bas.

Aku punya 1 sikap yang amat degil untuk pergi klinik.
Kalau pergi pun aku nak mama mesti ade.
seminggu juga aku tahan sakit , malas nak berjalan.
Hp pun malas pegang. Terbaring je.. Tidur ~

Sampai 1 tahap aku tak boleh makan dan minum , mesti muntah2.
Muntah tu pulak sakiiiiiiiiiiiiiiittt sgt. Macam roh di tarik keluar.
Hanya mampu menangis tahan sakit.

Entah kenapa tekak nak sangat makan buah.
Nak sangat-sangat buah, tengok buah kat tv pun tak tahan.
Isnin tu aku pergi jugak klinik, tak tahan sakit sangat.
Ternampak air tembikai , aku ape lagi pegi la beli..
Ahhhh ~ Nikmatnyaaa..
Aku memang degil. Aku beli buah Apple Fuji. Sedap sgt.
Alhamdulillah.

Aku hanya makan buah , dan aku rasa badan aku makin kuat.
Penawar sakit tu ada Allah cipta, kita je kena pandai cari.
Habatussauda tetap pilihan aku.


Aku pujuk diri ,
" sakit ni kifarah dosa "
Encik Hati banyak call sejak aku sakit ni,
risau aku kena denggi.
3botol 100plus dah aku minum.
Cari ketam tak jumpa nak buat sup.

Alhamdulillah hari ni aku dapat masak, dapat buat kerja
yang penting aku dapat solat dengan baiknya.


Terima kasih Mama & keluarga banyak tolong aku waktu sakit.
Rupanya ramai sayang aku ~ Ngeh ngeh ngeh...
macam mana lah aku tak ada nanti... hmm

Thanks Encik Hati.
Thanks Kemba selalu pesan banyakkan minum air.
Penawar tu <3

*Saya RINDU dapur saya*





Tiada ulasan:

Catat Ulasan