skip to main |
skip to sidebar
Bila hati mula terdetik..
KAU hantar pada aku insan-insan yang baik ,
yang soleh dan solehah untuk aku berubah jadi insan lebih baik..
Kemudian KAU jauhkan mereka dari aku ,
untuk melihat adakah aku benar-benar telah berubah demiMu atau demi
mereka.
Jahilnya aku !
kerana aku sebenarnya berubah demi mereka.
Ingin dapat jodoh yang baik.
Apa yang aku mahu sebenarnya..?
jodoh yang baik atau iman dan hati yang bersih?
KAU lebih tahu , yang aku perlu di bimbing.
Kini aku sedar , aku hanya perlu kejar KAU.. bukan dia (cinta manusia)
mencari redhaMu.
Aku perlu membimbing diri aku sendiri.
mengawal hati dari terus hanyut..
mengawal perasaan dari terus mengejar..
YA ALLAH bantu aku ~
Walaupun lambat , aku yakin satu hari nanti Allah akan bantu aku.
Kadang -kala aku termenung , melihat diri...
sempatkah aku sucikan hati..?
kuatkan iman.. dapatkah aku mencari 'imam' yang boleh menyempurnakan separuh
dari agamaku?
Ya Allah ~ menangis mengenang diri.
Redha itu perlu di cari bukan hanya di nanti.
*HANYA NAMAMU*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan